Areesa yang tengah best dok berguling sana sini, terus berguling jatuh dari katil dia yang bersaiz Queen tu. Dia usap punggung dia yang gila-gila sakit tu akibat terhentak dekat atas lantai. Dalam keadaan mamai, Areesa capai telefon Samsung A-Touch dia. Dengan mata yang sedikit terbuka, Areesa tengok jam. Baru pukul 6.30 pagi. Hmm ... lama lagi. Class start pukul 8.30 pagi.
Areesa cempak handphone dia atas katil. Tuala di capai dan kaki di hayunkan masuk ke dalam bilik air. Masuk aje dalam bilik air, Areesa tadah air dalam bath tub dia. Dia sanggulkan rambut dia yang gila panjang tu. Lepas dah gosok gigi dengan basuh muka dia dengan menggunakan pencuci muka Safi Balqis, suci dan murni, Areesa pun melompat masuk dalam bath tub. Bila dia masuk aje dalam bath tub tu, habis semua air melimpah ruah keluar dari bath tub tu.
Satu jam lepas tu, Areesa keluar dengan hanya berkemban dengan jubah mandi dia yang berwarna biru cair tu. Rambut dia yang panjang lagi basah tu di balutkan dengan tuala hijau dia. Kaki di hayunkan menuju ke almari baju dia yang sangatlah besar. Dia keluarkan baju Cambridge Summer Puff Printed Hoodie Top yang berwarna biru cair, seluar jeans warna hitam yang stylenya koyak sana sini.
Dah siap pakai baju dan seluar, Areesa kemaskan notebook dia dan di masukkan ke dalam beg galas dia. Rambut dia yang panjang dia ikat dan sanggulkan rambut dia dan di sumbat masuk dalam topi dia. Kasut sport All Star hitam putih dan stokin pendek dia. Stokin di sarungkan ke kaki dan kasut dia jinjit.
"Reesa! Faster!" Aleesa, kakak Areesa ketuk pintu Areesa dengan jeritan yang nyaring gilo!
Areesa cepat-cepat tengok diri dia dekat cermin dan terus keluar dari bilik dia.
Encik Daniel hanya mampu menggelengkan kepala dia tengok kekalutan anak kesayangan dia. Kesian pun ada. Yelah, kelas start pukul 8.30 tapi kena bangun pepagi buta pukul 6.30. Tapi nak buat macam mana, kan? Dia pun pernah melalui detik-detik sebegini tapi masa dia lagi teruk. Sekurang-kurangnya Areesa tak payah nak jalan kaki dari rumah ke universiti.
Areesa cium pipi abah tersayang. Dia duduk dekat sebelah abah dia. Kasut sport dia, dia letak dekat bawah meja. Areesa cedok nasi goreng dan tuangkan air kopi ke dalam cawan dia. Baru aje Areesa nak makan, Areesa pandang muka kakak kembar dia. Fuh! Serem Areesa tengok muka Aleesa. Putih semacam beb! Kalah kot segela hantu Cina.
"Lessa dah putih dah muka kau. Kalau hantu cina tengok pung, dorang boleh kena heart attack, kau tau tak?"
"Why?"
"Sebab bedak yang kau tabur dekat muka kau tu tebal gila! Putih kemain. Kalah dorang."
Aleesa tarik muncung sedepa. Areesa bantai gelak. Hah, sesuai sangat letew! Muncung macam itik di tambah pulak dengan muka putih melepak. Sesuai gila! Agak-agak apalah yang pakwe Aleesa nampak dengan Areesa ni, eh? Tak ada apa-apa yang istimewa pun dekat Aleesa ni. Gedik tu ada ah!
"Ibu ..." rengek Aleesa.
"Arees, jangan kacau kakak kamu. Makan cepat. Nanti kakak lambat pulak nak pergi class." Encik Daniel bukak mulut. Walaupun suara Encik Daniel lembut masih wujud lagi nada tegasnya dalam suara Encik Daniel tu.
Areesa tarik nafas panjang. Hidung dia yang comel lote tu, dia tutup bagi mengurangkan ketawa dia. Bila dah reda ketawa dia, Areesa sambung balik sarapan dia. Aleesa masukkan bedak compack dia dalam beg tangan dia. Dia amik sekeping roti sandwich dan terus makan. Lepas tu, air masak yang ada depan dia, dia minum. Sarapan pagi dia. Biasalah orang dalam proses nak dietlah katakan.
AREESA parkirkan kereta dia dekat sebelah kereta sport Lamborghini. Kereta student mana pulak ni?Hmm ... makin maju nampaknya budak-budak ni. Agak-agak driver kereta ni student perempuan ke lelaki? Aku rasa aku tak pernah pulak nampak kereta ni dekat sini. Student baru punya ke? Areesa mengatur langkah menuju ke kelas dia.
Lagi dua tiga langkah dia nak sampai kelas, dia ternampak sekumupulan budak lelaki yang sememangnya suka membuli tu. Eh, ni bukan ke group mamat kuali tu? Dorang buat apa tu? Jangan-jangan dorang membuli tak? Hmm ... perkara sebegitu tidak boleh di biarkan! Harus di hentikan sekarang jugak.
"Ehem!"
Deheman dari Areesa membuatkan lima orang kawan mamat kuali tu menoleh. Areesa nampak ada sorang budak perempuan yang bolehlah di katakan nerd dekat tengah-tengah tu. Muka budak tu memang nampak macam takut. Macam nak nangis pun ada jugak.
"Arees! Kau buat apa dekat sini? Tak ada class ke? Kau poteng eh?" Danish Amerul aka mamat kuali bertanya selamba dan selamba kuali dia aje peluk bahu budak tu.
Apa yang Areesa dapat perhatikan ialah, mata budak pompuan tu dah berair. Akan tetapi satu titik air mata pun tak mengalir keluar. Kesian ... mesti kena buli dengan mamat kuali ni. Haih ... dari dulu sampailah sekarang, perangai tak berubah-ubah. Asyik dok mengacau orang ajelah.
"Ponteng kepala hangguk kau! Aku bukan macam korang. Kerja ponteng kelas aje. Class aku start pukul 8.30!"
Seselamba mungkin, Areesa ketuk kepala Danish Amerul dengan fail dia. Padan dengan muka dia! Biar kepala hotak dia tu jadi biul seketika. Manalah tau nanti dah okey balik kepala hotak dia. Nanti mugkin tak akan berlaku lagi kes-kes membuli ni.
"Adui ... sakitlah!"
"Tau pun sakit! Kau buat apa dekat budak ni?"
Danish Amerul dengan kawan-kawan dia gelak. Areesa ketap bibir. Kalau dengan budak-budak ni memang memerlukan tahap kesabaran yang banyak gila. Perangai semuanya tak matang langsung. Macam kanak-kanak ribina!
"Eh, budak! Beruk-beruk ni buat apa dekat kau?"
Emma sengetkan kepala dia. Beruk? Mana ada beruk dekat sini. Dekat sini tak ada beruk tapi dalam zoo adalah. Banyak! Akak ni nak suruh aku bawak dia pergi zoo ke? Aku boleh bawak dia pergi zoo, tapi masalahnya sekarang ni aku ada class dan aku tak tau di manakah letaknya zoo itu. Parah ... parah!
"Err ... akak, dekat sini tak ada beruk tapi kalau dalam zoo adalah. Akak nak saya bawak akak pergi sana ke? Boleh tu memanglah boleh tapi sekarang saya ada class. Lepas class saya boleh bawak akak pergi sana. Akak tak kisahkan?"
Areesa melopong. Makin galak Danish Amerul dengan kawan-kawan dia gelakkan Emma. Emma tercengang-cengang. Aku salah cakap ke? This is why I hate to come to Malaysia! Daddy! Perlahan-lahan air mata Emma mengalir tapi mulut dia macam tengah gelak and tersenyum. Areesa cuak. Budak ni gelak ke menangis ni? Hadui ...
"Woih, janganlah gelakkan dia! Korang ni, kejam seyh!"
Areesa usap perlahan badan belakang Emma. Risau dia kalau budak ni bagi tau mak bapak dia. Kang tak memasal U ni kena saman pulek! Areesa bawak lari Emma. Terkejar-kejar Emma nak saing langkah kaki Areesa yang gila laju tu. Air mata dia tak sempat lagi dia nak lap. Nasib baiklah hari ni Emma pakai kasut flat. Nanti tak adalah berlakunya kes kaki terpelecok ke apa ke.
"Akak ... akak nak bawak saya pergi mana ni? Akak janganlah culik saya, kak. Mama dengan daddy saya belum sampai lagi dekat sini." Emma berkata.
"Eh, kau boleh tak berhenti panggil aku, akak? Rimas ah! Rasa macam diri aku ni tua dari kau pulak. Kau amik course apa? Tahun keberapa?"
"Oh! Saya ... err ... course Law. Third year."
Areesa senyum. Hmm ... sama umur rupanya! Tapi kenapa nampak macam junior aje? Pakai cermin mata nerd, buku berlambak. Ni mesti budak pandai ni! Areesa pandang Emma dari atas ke bawah. Bertudung, cermin mata Detective Conan, pakai pendakap gigi and muka pun bolehlah tahan. Dari ceruk mana pulak budak ni datang?
Emma gabra. Tangan dia dah mula berair. Apahal pompuan ni pandang aku semacam? Aku salah pakai ke? Aku rasa tak salah pun. Dalam undang-undang Malaysia tak adalah pulak tertulis di larang pakai macam ni. Sekurang-kurangnya aku pakai baju.
"Kau ni datang dari ceruk mana ni?" tanya Areesa. Dia terbalikkan topi dia.
"Ceruk? Menatang apa tu?"
Areesa melopong. Serius budak ni tak tau? Dia ni tak belajar ke? Hadoi ... menyesal aku bawak lari minah ni. Kalau aku tau dia selembab ni, tak akan aku bawak lari dia!
"Kau datang dari mana?"
"Scotland."
Scotland? Huih ... jauh tu! Berani gilak budak ni datang Malaysia sorang-sorang. Tak takut kena culik ke? Tapi ... aku rasalah, budak spesis macam dia ni, comferm tak akan di culik punyalah! Entah-entah penculik pun lari bila nampak dia. Tapi budak ni nampak macam anak orang kaya aje.
Areesa dengan Emma berbual-bual sambil jalan pergi kelas dorang. Kalau boleh, nak aje Areesa nak melarikan diri dia dari masuk kelas. Tapi tak boleh. Yelah, bila budak nerd dah jadi kawan, terpaksalah kita korbankan perangai jahat kita ni untuk berpura-pura jadi baik sekejap. Sekejap aje. Lepas budak ni dah blah, muncul balik perangai jahatnya tu!
AREESA dengan Widad berbual masa on the way nak pergi cafe. Areesa dengan selamba tupainya jalan terkengkang. Minah sorang ni saje aje nak jalan macam mamat. Lek-lok jalan macam minah, nak jadi macam jantan. Entah pape jelah!
Dalam masa Areesa dengan Widad dok best mengumpat pasal Emma, tiba-tiba mata Areesa ternampak satu kelibat yang menarik minat dia. Terus hilang suara Widad dari dalam kepala dia. Apa yang dia tau sekarang ni hanyalah mamat misteri tu.
Widad pelik. Minah ni tak nampak ke longkang depan dia? Apa kebenda yang dia tengok sampai longkang depan dia tu pun dia tak nampak?
"Arees depan kau ada lo ..."
Bush!
"... ngkang." sambung Widad dalam nada suara yang sangatlah perlahan.
Areesa mengaduh. Gila perit kaki aku! Serius ke luka dia? Haduh ... janganlah sampai kena potong kaki aku ni! Tak sanggup aku nak jalan dengan kaki sebelah tak ada. Fuh, simpang malaikat 44! Tak hingin aku jadi orang tak ada kaki pada usia yang muda! Muda ke? Mudalahkan kalau umur baru 20 tahun?
Darish hulurkan tangan dia dekat Areesa. Areesa sambut huluran tangan Darish. Kasar! Minah ni marah aku ke? Tapi apa yang aku buat sampai dia marah aku, eh? Hmm ... apa, eh? Setahu akulah, hari ni tak adalah pulek aku membuli or mengacau anak dara orang. Bukan setakat hari ni aje, hari-hari yang lepas pun aku tak ada membuli or mengacau anak dara orang. Ke aku yang buat budak ni jatuh tadi? Takkanlah! Darish berperang dengan perasaan dia sendiri.
Areesa pandang muka Darish. Tenangnya muka! Anak siapa mamat ni? Handsome, sweet, soft and tenang aje muka dia. Adakah dia anak orang baik? Maybe. Ibu. Abah! Adik nak dia! Alangkah bertuahnya kalau aku dapat dia. HikHik...
"Arees! Kau termenung apa eh sampai longkang ni kau tak nampak?" suara Danish Amerul kedengaran. Dia bantai gelakkan Areesa. Areesa memanas.
"Woih! Aku mana ada termenung! Aku tak perasan longkang ni, tu aje. Lagi satu, longkang ni pun salah sebab duduk dekat sini. Dah tau orang selalu lalu sini, lagi dia nak duduk dekat sini!" Areesa membela diri.
Widad menggeleng. Arees ... Arees ... dari dulu sampailah sekarang perangai tak pernah nak berubah. Suka sangat menyalahkan benda atau orang. Kalau dulu Widadlah yang selalu di salahkan tapi nampaknya kali ini tidak lagi. Kesian kau, Cik Longkang.
"Awak okey tak ni? Kalau tak okey, saya bawak awak pergi klinik." Darish menyampuk. Areesa terpukau. Fulamak aii! Suara sikit punya merdu. Habes hancus segala ais dalam diri Areesa di buatnya.
"Err ... aku okey. Widad, tolong aku!"
Lepas dah say thank you and say bye-bye, Areesa dengan Widad pun blalah. Terjengket-jengket minah sorang tu berjalan akibat kesakitan yang melampau di kakinya. Nampaknya tak dapatlah Areesa nak bermarathon dengan prof dia lepas ni. Hmm ... kesian sungguh diriku ini!
Darish tengok Areesa jalan dengan Widad sampailah bayangan dua orang insan itu hilang dari pandangan mata dia. Apa yang Darish sempat tengoklah, Areesa lain. Biasanya kalau dia tanya dekat seseorang perempuan itu, perempuan itu mesti akan menjawab soalan dia dengan suara yang sengaja di leret-leretkan dan tergedik-gedik. Tapi Areesa tak. Areesa tegas dan straight.
Lagi satu, muka Areesa natural beauty. Sweet aje muka dia. Areesa nampak lagi comel dengan gigi arnab dia tu. Mak oii ... comel habeslah, beb! Kalah Elfira Loy. Ya Allah! Apa aku buat ni? Mengucap Darish ... mengucap. Zinah tu Darish. Ingat dosa. Ingat pahala. Darish meraup muka dia.

No comments:
Post a Comment