Pernahlah satu hari tu, masa Areesa dengan group-group dia tengah buat dicussion, boleh pulak Areesa termenung. Satu benda pun tak masuk dalam kepala otak dia. Bila di tanya soalan, nak dekat setengah jamlah baru dorang semua dapat jawapan. Time tu, semua orang akan melepaskan nafas lega.
"Arees ... apa masalah kau ni?" akhirnya, Widad bertanya. Emma yang ada dekat sebelah Widad, hanya mendiamkan dirinya sahaja.
"Masalah? Masalah apa?"
"Kitaorang semua tengok, lately kau asyik termenung aje. Kau lebih banyak mendiamkan diri. Selalunya kaulah yang terlebih excited bila bab belajar ramai-ramai ni. Tapi kali ni kau diam aje. Apesal?"
Areesa terdiam. Selama ni aku kecoh ke? Aku rasa tak pun. Tapi boleh jadi jugak ek. Apa aku nak bagi tau dorang ni? Takkanlah aku nak bagi tau benda yang sebenar kot? Bagi tau yang aku fikir pasal Darish? Pergh! Buat malu kaum kerabat family aku aje! Think Areesa. Think!
Widad dengan Emma berpandangan. Tak lama manapun. Sekejap aje. Tak sampai lima saat pun. Dua saat aje Widad dapat pandang muka Emma, lepas tu Emma tundukkan kepala dia. Emma memang macam tu. Dia tak suka muka dia di pandang oleh orang lama-lama.
Walaupun sekejap, dapatlah jugak si Widad ni sekodeng muka Emma. Even muka Emma tak secantik muka pompuan lain, muka Emma ni suci. Muka innocent bak kata orang zaman sekarang. Cuma kalau Emma tak pakai cermin mata Detective Conan dia tu dengan pendakap gigi dia, mesti lagi comel.
"Widad, kau dengar tak apa yang Arees cakap?" Emma goyangkan tapak tangan dia depan muka Widad. Widad tersentak.
"Hah?! Kau cakap apa tadi?"
"Hish ... kau ni! Aku bagi sebijik karang." Areesa tunjukkan penumbuk dia yang tak adalah besar mana tu."Aku cakap ... puasakan dah nak dekat, so aku jimatkan tenaga aku supaya aku lebih bertenaga bila bulan puasa nanti. Ada faham?"
Widad mengangguk tanda faham. Puasa dah nak dekat ke? Bukan ke sekarang baru bulan dua? Minah ni biar betul? Ke tahun ni puasa bulan dua? Balik ni nak kena tengok kalender ni.
Areesa bantai gelakkan Widad dalam hati. Adeh ... mamat ni, percaya betul cakap aku. Bulan dua nak puasa apa? Senang kena kencing betullah! Pengunguman! Kepada fofan-fofan (perempuan-perempuan) yang masih lagi menyolo, pilihlah Syed Widad Ameer Syed Muhajir sebagai calon pakwe. Kalau nak ada scandal dengan mana-mana lelaki lain, senang.
Areesa, Widad dengan Emma pergi cafe. Dorang duduk dekat port biasa Areesa melepak. Tempat yang masa dolu-dolu Areesa bawak Emma tu. Dah lupa letew! Port Areesa ni bawah pokok. Senang sikit nanti dia nak memanjat pokok ni kalau prof kejar dia di atas sebab memonteng kelas. Bijak tak bijak minah sekor ni.
Emma letakkan satu dulang yang agak penuh dengan air dan makanan dekat atas meja. Areesa gosokkan kedua-dua belah tapak tangan dia. Laju aje tangan dia amik makanan yang dia order dekat Emma tadi.
"Kau ni kuat makan betullah! Kalau makan tu langsung tak hingat dunia!" bebel Emma.
Emma tadah tangan dia untuk baca doa. Areesa yang tengah sedap minum air dia terus tesedak budak tu bila nampak Emma baca doa. Widad terus bagi air mineral dekat Areesa. Areesa pandang muka Widad. Widad yang faham dengan pandangan muka Areesa tersengih. Dia bukak penutup botol air tu dan hulurkan dekat Areesa. Areesa rampas botol air tu dengan garangnya.
Emma pandang Widad dengan Areesa silih berganti. Emma minum air and Widad gelabah semacam? Am I missing something here? Emma minum air fresh orange dia dan makan roti sandwich dia. Muka dia selamba aje. Macam tak ada apa yang dah berlaku pun. Areesa yang tengok keselambaan Emma tu geram. Sabar ajelah.
"AMER, siapa nama budak yang aku tolong?" tanya Darish bila dorang keluar aje dari class dorang. Sekarang dorang on the way nak pi makan dekat cafe.
Danish Amerul pandang muka kawan baik sejak kecik. Budak? Budak mana pulak ni? Siapa pulak yang berani mintak tolong dengan anak Profesor Syed Muhammad ni?
"Budak? Budak mana berani mintak tolong kau ni?"
"Bukan budak tu yang mintak tolong dekat aku tapi aku yang offer pertolongan dekat dia. Alah ... budak yang semalam jatuh masuk dalam longkang besar gila macam gajah tulah."
Danish Amerul diam. Fikir sejekap. Budak yang kaki dia masuk longkang? Siapa, eh? Semalam ada ke budak yang termasuk dalam longkang tu? Setahu aku semalam Arees ...
"Arees ke?" tanya Danish Amerul sambil betulkan topi yang dia pakai.
"Arees tu nama penuh dia ke?"
"Arees tu nama glemer dia aje. Nama penuh dia, Areesa Dania Daniel Badrie. Tapi aku rasa kau better panggil dia, Arees. Dia tak suka orang panggil dia Areesa Dania. Aku adalah dengar citer pasal anak jiran selang dua rumah dari rumah dia masuk ICU sebab kena bantai dengan minah tu." Cerita Danish Amerul.
"Minah ni gila apa? Apehal dia bantai anak jiran dia yang tidak berdosa tu?" tanya Darish dengan suara yang penuh dengan kekesalan yang amat. Kepala dia di gelengkan perlahan.
"Tak berdosa kau cakap? Budak tu pi panggil Arees dengan panggilan beruk maknyeh. Memang mengamuk habislah minah tu. Hah, padan dengan muka budak tu!"
"Anyway, budak ni memang macam tu ke? Suka menyalahkan benda lain?" tanya Darish, lagi.
Danish Amerul pandang muka Darish. Apa hal mamat ni nak tau sangat pasal Arees ni? Hati dah tersangkut ke dekat minah tu? Haih, betapa BERTUAHNYA kau, wahai sahabatku kalau kau dapat minah tu. Alamatnya, berbiratlah badan kau bila masuk kelas. Ish ... Ish ... Ish ...
"Dia memang macam tu. Kadang-kadang tu kawan dia yang lelaki tulah yang selalu jadi mangsa tapi nampaknya semalam taklah. Kau tak kenal ke budak ni? Dia tu budak Law. Junior kitalah. Femes doh!"
Student Law? Femes? Areesa Dania? Areesa Dania ialah budak jurusan undang-undang. Dia juga sangat popular. Darish membina kefahaman dia sendiri di dalam kepala otak dia sendiri. Akan tetapi, kenapa aku tak pernah nampak budak ni? Sambung Darish lagi.
Darish dengan Danish Amerul akhirnya sampai jugak dekat cafe. Ramai jugak student pagi tu dekat situ. Nasib baiklah ada lagi tempat kosong untuk dorang berdua makan. Kalau tidak terpaksalah dorang makan dekat luar U dorang.
Masa Darish nak pergi beli makanan, tiba-tiba dia terdengar suara pompuan mengilai. Aduh ... pontianak mana pulak mengilai ni? Ada ke pontianak keluar waktu pagi macam ni? Darish gosok tengkuk dia. Pergh ... meremang segala bulu roma aku.
Meliar mata Darish memerhati kawasan cafe. Takut tapi menggatal nak cari pontianak tu. Apa kebanganglah mamat sekor ni! Masa Darish tengah sibuk mencari pontianak tu, bahu dia di tepuk oleh sesuatu.
"Oii, hantu kau pergi main jauh-jauh!" latah Darish. Terloncat dia atas akibat terkejut yang amat.
Areesa, Emma dengan Widad dah best bantai gelakkan Darish. Aduh ... melatah jugak mamat sekor ni!
"Korang ni tak pandai bagi salam ke, hah? Boleh gugur jantung aku ni!" marah Darish. Nasib baiklah student lain tak dengar aku melatah. Kalau tidak, buat malu family aku aje.
"Assalamualaikum, abang Darish!" serentak Areesa, Emma dengan Widad bagi salam dekat Darish.
"Waalaikumussalam. Nak apa?" tanya Darish. Dia pandang muka Areesa. Muka Areesa aje. Muka Emma dengan Widad sikit pun dia tak pandang.
Areesa bukak cermin mata hitam dia dan sangkuk dekat kolar baju dia. Dia keluarkan something dari dalam poket beg galas dia. Darish kecikkan mata dia. Dia fokuskan pandangan mata dia dekat apa yang Areesa keluarkan. Namun semua itu hanya mimpi. Darish tak berapa nak nampak apa yang Areesa keluarkan.
Areesa hulurkan barang tu dekat Darish. Darish pelik. Apa benda ni? Dadah ke? Hish ... takkanlah aku nak amik dadah ni kut? Jangan jadi gila Darish. Ingat Allah. Ingat polis. Ingat penjara. Ingat mak dengan ayah. Ingat tali gantung. Ingat semua tu Darish.
"Awak nak bagi saya apa ni? Awak nak bagi saya dadah ke? Hish ... kalau ya pun awak benci dekat saya, janganlah sampai buat dajjal dekat saya." Darish tolak balik barang yang Areesa hulurkan. Areesa pelik.
"Buat dajjal? Ya Allah ... aku bukan manusia sekejam tu, okey. Sebrutal-brutal aku ni pun, ada jugak hati perut. Ni surat dari Prof Zuhaimi."
Darish anggukkan kepala dia tanda faham.


No comments:
Post a Comment